Adakah anda tahu bahawa sehingga hujung tahun 2022, Malaysia telah mencatatkan sebanyak 1,482,579 bisnes yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)? Sebanyak 48,253 bisnes baru didaftarkan pada tahun 2022, dan mengikut statistik dan anggaran, hampir 49.7% daripada bisnes baru ini dijangka akan mengalami kegagalan dan gulung tikar dalam tempoh kurang dari 5 tahun lagi.
Special Appearance: Jangan lepaskan peluang untuk belajar tip dari ASP Rahmat Fitri Bin Abdullah, Duta Anti Scam PDRM, yang akan berkongsi kepakaran beliau dan cara-cara untuk mengenal pasti dan mengelak Jenayah Scam di Bengkel SYOK!
TIKET PERCUMA untuk menghadiri Bengkel SYOK, Edisi Bisnes dan Belajar Bagaimana Anda Boleh Mengelak Jenayah Scam dan Kegagalan dalam Bisnes. (Siapa cepat dia dapat)
Masalah utama bukanlah kerana permintaan pasaran yang tidak mencukupi, idea dan konsep bisnes yang tidak relevan, atau produk dan perkhidmatan yang tidak berkualiti. Tetapi sebaliknya, punca utama adalah strategi bisnes yang tidak berkesan, dan kebanyakan bisnes gagal mengambil kira aspek-aspek yang paling asas, terutamanya dalam pemahaman formula asas Bisnes, Jualan, dan Pemasaran.
Sertai Bengkel SYOK, Edisi Bisnes yang akan diadakan di KL Wellness City Gallery, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 30hb Mac 2024, bermula dari jam 10 Pagi hingga 3 Petang.
EVENT : Bengkel SYOK, Edisi Bisnes
LOKASI : KL Wellness City Gallery, Bukit Jalil
TARIKH : Ahad, 30hb Mac, 2024
MASA : 10:00 Pagi - 3:00 Petang
Terokai Strategi Bisnes Yang Terbukti di Tahun 2024: Terima Cabaran Baru!
Dalam Bengkel ini, kami akan kongsikan bagaimana salah satu bisnes kami mencapai Kadar Pertumbuhan sebanyak 13,796% dalam masa hanya 6 bulan! Bermula dengan modal kurang daripada 10 ribu ringgit dan berjaya mencapai jumlah jualan melebihi 1 Juta ringgit dalam tempoh 6 bulan sahaja!
Selain itu, ASP Rahmat Fitri Bin Abdullah, Duta Anti Scam PDRM, akan memberikan panduan tentang cara mengenali penipuan Jenayah Scam dalam kehidupan seharian serta di tempat kerja atau bisnes anda. Beliau juga akan berkongsi bagaimana beliau berhasil mencapai lebih dari 1,096,000+ Followers dan 6,342,000+ Likes di platform media sosial, di mana anda akan mempelajari strategi dan bagaimana untuk mengaplikasikan strategi media sosial dalam bisnes anda.
Dengan strategi ini, beliau telah berjaya memperluaskan dan menembusi pasaran baru serta membolehkan beliau untuk berinteraksi dan berhubung dengan pelbagai audiens, meningkatkan kesedaran jenama, dan menarik audiens berpotensi dari seluruh Malaysia dan peringkat antarabangsa.
Bayangkan jika anda dapat bertemu dan belajar secara langsung dengan ASP Rahmat Fitri Bin Abdullah. Bukan sahaja anda boleh mengenal pasti Jenayah Scam dan cara untuk mengelaknya, malah anda juga boleh memahami strategi-strategi beliau di media sosial yang berkesan dan terbukti dalam Bengkel ini, di mana anda akan:
•Menarik perhatian dari dalam dan luar negara.
• Mencapai pasaran audiens dan pasaran baru
• Berpotensi viralkan bisnes anda
• Meningkatan imej personaliti dan jenama
•Menaikan jualan dan keuntungan
•Menurunkan kos pemasaran dengan mendadak!
• Mendapat analisis bisnes berdasarkan data
• Berinteraksi and membina hubungan secara visual dan emosi
• Berpotensi untuk membina Strategic Partnership dengan jenama dan bisnes lain
• Membina pengaruh dan pengiktirafan yang kukuh dan positif
• Dan banyak lagi…
Tetapkan Matlamat dengan Jelas:
Lupakan cara lama, pada tahun 2024, kena ada matlamat yang padu untuk berjaya dalam pasaran yang kempetitif.
Belajar dari Kesilapan:
Dalam dunia sekarang, silap tu peluang nak belajar dan grow. Kenal pasti kenapa bisnes dulu gagal, dan bagaimana nak elakkan benda sama jadi dalam tahun 2024.
Naikkan Jualan Anda:
Buang jauh-jauh taktik lama (yang tak berkesan), dan try strategi baru untuk menangkap pasaran Asia yang luas pada tahun 2024. Cuba strategi baru untuk naikkan pendapatan pantas dan tinggalkan pesaing jauh ketinggalan.
Kurangkan Risiko:
Dalam dunia perniagaan yang baru, kena pandai elak risiko dan cari cara baru untuk jaga bisnes anda tahun ni.
Menonjol dengan Branding:
Pastikan bisnes ada gaya branding yang unik. Luangkan masa untuk bina identiti yang berbeza dari yang lain untuk tarik perhatian prospek, customer dan Investor.
Bangunkan Strategik Partnership:
Kerjasama dengan company luar yang align dengan bisnes anda adalah salah satu jalan berjaya dalam tahun 2024. Lupakan pasal usaha solo dan try jalan kongsi untuk kembangkan perniagaan, naikkan pendapatan, dan cari peluang baru.
Manfaatkan Teknologi dengan Cerdik:
Buang jauh-jauh teknologi lama, dan try yang baru yang buat perubahan pada tahun 2024. Guna teknologi untuk majukan bisnes, naikkan online presence.
Perluaskan sumber dan new market:
Luaskan pasaran, peroleh sumber tambahan, dan try cara baru untuk maju.
Untuk mencapai kejayaan seperti ini, anda tidak perlu melabur belanjaan yang besar, dan mengalami pening kepala dalam bisnes anda. Kejayaan anda bermula dari Inside Out, di mana kedua-dua Faktor Dalaman, dan Faktor Luaran memainkan peranan penting dalam bisness anda.
Mengapa Pelanggan Membeli Produk atau Perkhidmatan Anda?
Mengapa Jualan Anda Tidak Meningkat?
Adakah Bisnes Anda Tech-Forward?
Ceramah Anti Scam oleh ASP Rahmat Fitri Bin Abdullah bersama Eksekutif Korporat di serantau Malaysia.
(2023) Mastermind di Langkawi bersama Coach JC. Dari 17 mentee tersebut, 12 telah berjaya melancarkan Strategic Partnership dalam bisnes mereka.
(2023) Bengkel bersama Coach JJ dengan Eksekutif Korporat untuk mendalami kemahiran penyampaian yang efektif dan keterampilan komunikasi secara profesional.
Ceramah Kriminologi oleh ASP Rahmat Fitri Bin Abdullah bersama Pegawai-Pegawai PDRM.
Inilah yang akan kami kongsikan di Bengkel nanti :
• Bagaimana untuk meningkatkan kesedaran mengenai pelbagai jenis penipuan dan Jenayah Scam.
• Cara-cara untuk mencegah pernipuan dan Jenayah Scam dalam kehidupan seharian serta di tempat kerja atau bisnes anda.
• 3 strategi untuk membina dan menonjolkan jenama bisnes melalui TikTok, Youtube, dan platform media sosial lain.
• 5 sebab utama mengapa kebanyakan bisnes gagal dan bagaimana anda boleh mengelakkannya!
• 3 cara untuk meningkatkan jualan bisnes dengan formula yang praktikal dan berkesan.
• 1 strategi yang sangat berkesan untuk mengurangkan risiko kewangan dan meningkatkan potensi perluasan pasaran serta meningkatkan keuntungan.
• Mengapa penting untuk membina Strategic Partnership dengan bisnes lain dan mencapai kemenangan bersama dalam segi kewangan, reputasi, sumber bisnes, dan banyak lagi.
• Bagaimana anda boleh menggunakan teknologi dan software marketing yang percuma untuk meningkatkan skala bisnes anda.
• Dan banyak lagi...
Misi: Kami telah menganjurkan acara dan seminar yang meliputi topik seperti Perniagaan dan Keusahawanan, Jualan dan Pemasaran, Pelaburan, Pembangunan Peribadi, dan banyak lagi. Lebih daripada 500,000 peserta di peringkat antarabangsa telah menyertai lebih daripada 4,000 acara dan seminar yang menampilkan lebih daripada 200 pakar industri sejak tahun 2013.
Coach JJ, personaliti TV & radio, siapa tak kenal JJ Hitz fm, seorang DJ radio Malaysia yang terkenal dengan gaya dan kelantangan beliau dalam industri hiburan.
Selain daripada itu, coach JJ juga dikenali dengan "Gotcha Call" prank calls di radio, di mana JJ dan pasukannya, Rudy dan Ean, memberikan impak yang sangat kuat pada era 2000an.
Dengan lebih dari 20 tahun pengalaman dalam bidang penyiaran dan hiburan, coach JJ juga telah terlibat dalam dunia perniagaan. Beliau memiliki bisnes dobi dan selaku co-founder iSUMMIT, beliau telah mengurus lebih dari 400 KOL (Key Opinion Influencers), selebriti, dan speakers di peringlat antarabangsa.
Kalau nak tau rahsia berjaya, kita jumpa di Bengkel SYOK, Edisi Bisnes!
ASP Rahmat Fitri Bin Abdullah, seorang pegawai kanan PDRM dengan pengalaman luas dalam siasatan Jenayah Scam, telah diiktiraf sebagai Duta Anti Scam PDRM pada tahun 2022. Beliau telah menyiasat lebih daripada 800 kes Jenayah Scam, menyumbang kepada usaha memerangi Jenayah Scam.
Misi beliau juga termasuk mendidik masyarakat tentang penggunaan teknologi dan media sosial dalam membanteras Jenayah Scam. Beliau adalah pakar dalam bidang ini dan mempunyai formula serta tip yang sangat mudah untuk mengenal pasti penipuan scam dalam semua urusan harian serta kerja atau perniagaan kita. Komitmen ASP Rahmat Fitri Bin Abdullah adalah contoh kecemerlangan dalam memastikan keselamatan dan keamanan rakyat Malaysia.
Jika anda ingin belajar bagaimana beliau mampu mencapai lebih daripada 1,096,000+ Followers dan 6,342,000+ Likes di platform media sosial, anda perlu menghadiri Bengkel SYOK, Edisi Bisnes.
Coach JC, usahawan visionari dan Pengasas iSUMMIT (sebelumnya dikenali sebagai SUMMIT), coach JC memiliki lebih dari 10 tahun pengalaman dalam keusahawanan dan perniagaan.
JC dan pasukannya telah memberi impak positif kepada lebih dari 500,000 individu melalui lebih daripada 3,000 seminar di seluruh dunia dan mencapai pendapatan lebih daripada 8 angka serta menerima 4.6 juta dalam bentuk dana sponsor tunai sejak 2013.
Selaku co-founder SaaS, platform ini membolehkan lebih daripada 100,000 pengguna di seluruh dunia menjalankan perniagaan dalam talian dan menjalankan penjualan melalui lebih daripada 10 aplikasi, semuanya secara percuma.
Memang gempak! Kalau tak percaya, datang lah dengar sendiri.
Tentukan Matlamat dan Fokus
Sebelum memulakan bisnes, tetapkan matlamat jangka pendek dan jangka panjang anda. Ketahui dengan jelas apa yang ingin anda capai dengan part-time / full time bisnes anda dan fokuskan usaha anda ke arah itu.
Kuasai Kemahiran Penting
Pelajari kemahiran asas yang diperlukan untuk menjalankan bisnes anda. Ini mungkin termasuk pemasaran digital, pengurusan kewangan, dan perhubungan pelanggan. Kebolehan ini akan meningkatkan keberkesanan perniagaan anda.
Ketahui Kuasa Strategic Partnership
Tingkatkan kadar kejayaan melalui gabungan strategik: Ketahui kuasa Strategic Parnership dalam bisness dimana anda boleh kuasai "The Power of Levarage" di dalam bisness anda .
Pilih Bisnes Yang Sesuai
Pilih bisnes yang sesuai dengan minat, kemahiran, dan masa yang anda ada. Pastikan ia bersesuaian dengan jadual part-time /full time anda dan memberi kepuasan peribadi.
Pelajari Seni Skalabiliti
Pelajari seni skalabiliti dan cara untuk mengubah part-time / fulltime bisnes anda menjadi kejayaan sepenuh masa.
Jadi Online Dalam Dunia Bisnes
Kita akan kongsi tips pasal alat dan software online PERCUMA yang power.
Tempat terhad, daftar sebelum terlambat. Jangan tunggu lagi!
Bengkel SYOK, Edisi Bisnes